BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 11 December 2012

Maaf Abg Syahmi Sidek, I have to.. :')

assalamualaikum, aku nak sambung posting, sekarang ni blog ni memang akan selalu di update, tapi andai kata aku x update ntu maknanya aku mungkin dilanda kemalasan ataupun, kabel internet kat rumah aku kena curi.. sorry sikit, aku x suka pergi cyber cafe. sebagai seorang remaja yang membesar dalam suasana kehidupan yang amat sosial, aku masih ada satu dua keadaan yang aku x boleh bawa diri. contohnya macam cybercafe tu lah, aku tak boleh la, orang ramai-ramai, lagi la aku x mau ! ..tmbh2 cmpoq la laki pompuan..huh ! jauh panggang dqi api la aq p tmpt tu


sekarang ni, sekolah aku dah start cuti, so mata aku pun kna start cuti melihat orang yang tersayang sebab masa aku untuk melihat dia sangat lah limited. almaklumlah, orang hidup pagi2, dia hidup tengahari, orang tidur malam dia tidur pagi.. muahahahahaha, alangkah bagusnya andai aku boleh compressed dia masuk dalam beg aku bawa balik rumah ! whahahahaha !


sebal menanggung perasaan rindu, tok sah duk cakaplah tinggi mana, kalah gunung everest taw ! aku tak punya pilihan lain selain tahan diri dan terus bersabar, kepala ni 24 jam teringat kat dia, jujur, aku sebenarnya dah x macam manusia normal yang dihantui oleh cinta! bayangkan, aku sekarang ni x dapat nikmat tidur yang selama ni aku x pernah pun hargai, aku terlalu gelisah hidup tanpa dia, tidur sampai terbawa-bawa mimpi, rasa tak tenang sangat. jujr, aku perlukan dia...bg aq dya adalah sahabat yg istemewa yg Allah anugerah kt aku..dy beza sgt dgn kwan2 aku yg len..bla aq dkt dgn dia..aq rasa tenang sgt2..aq qasa bila aq dkt dengan dia mcm aku dekat sgt dengan Alllah...



aku terpaksa , ni ja cara terakhir aku, nak kawal perasaan aku dengan menyibukkan diri aku, cari sebanyak kerja yang boleh. sepanjang malam semalam aku tunggu handphone aku berbunyi megharapkan call ataupun sms dari dia. sampai pukul 5 pagi semalam baru aku tidur tau ! aku .. emm.. tak taulah nak kata apa lagi. aku tunggu dia sepanjang malam semalam.. 

hmm..aku qasa ny ja kod posting aq..
k..bye2..assalamualaikum

aque dh tak mampu nk lalui lagi...

assalamualaikum blog sayang, lama aku tak menulis isi hati aku, dan lama sangat aku tak mencurahkan segala-galanya yang aku nak keluarkan. Aku dah pasrah dan aku dah redha dengan semua ni. Aku dah boleh terima semua yang berlaku ni seadanya. Dan tak terlintas sekelumit pun kat hati aku nak mempersoalkan takdir. Aku dah penat bermain dengan perasaan dan persoalan. Kalau dulu aku memang betul2 percaya aku dah jumpa sahabat aku, sekarang ni rasa dia bagaikan aku pun tak tahu. Hati aku dah tak dak minat nak sebut benda berkaitan dengan persahabatan ni...

Sejujurnya, hati aku terlalu sakit dan tawar sekarang ni. Dah tak dak rasa. Kalau dulu masa awal2 persahabatan aku kali ni, perasaan tu sekadar lekat tak lekat dalam hati aku, dan aku cuba pupuk dan semai sampai dia lekat dalam hati aku, tapi saat ni perasaan tu bagaikan hilang, tapi aku tak tau dia pergi mana. terus hilang macam tu ja. mungkin sebab luka yang teramat dalam dia tenggelam sebentar. Aku penat terus menyiksa diri sendiri...

Selama ni aku tetap memujuk hati mengikhlaskan apa yang terjadi, tetap memujuk sabar walaupun adakalanya sabar yang keterlaluan, tercabar dengan kewarasan akal sendiri yang menidakkan benda yang sebenar, memaafkan walau sakit, tapi semua tu bagaikan sia2. Aku mungkin ego, tapi kini aq sangat lemah. Aku bukan lagi diri aku yang dulu. Tidak menunjukkan air mata aku, tak mudah patah semangat. Kadang2 aku terfikir jugak nak lari dari semua ni. Tapi tulah, sejauh mana aku dapat lari aku pun tak tahu.

Aku benar2 terluka pada malam 5 november yang lalu. Aku tak sangka persahabatan selama ini yang aku bina direntap sekelip mata. Tak pernah lagi aku merasakan luka sepedih ini. Macam orang selalu cakap, bibir selalunya tak berkata sama dengan kalbu. Hati aku sampai saat ni masih menangis. Tapi bibir aku mengukir ceria menempuh sinar suria pagi. Bergelak tawa bersama insan2 yang aku sayang. Terutamanya dia. aku sentiasa bermanis wajah, mengukir senyum dan hilaian tawa yang sungguh menyatakan bahawa aku sangat ceria dan gembira bagi menyenangkan hati dan dia. semuanya kerana sayangkan dy sbg sahabat. Aku tempuhi jua hari2 mendatang biar seperit mana pun, asalkan aku nak dia bahagia walaupun dy mnx aq jauhkan diqi aq dgn dia..aku terima, biarpun hati aku menanggu sengsara bergelita.

wahai sahabat yang aku sayangi,

andai esok hari terakhir aku bersamamu, penuhilah hari itu dengan ingatanmu terhadap senyuman dan tawa aku yang kadangkala merimaskanmu,  ku pohon sejuta maaf kerana tanpa sedar dalam kekhilafanku menggunakan pancaindera2ku ini telah menyakiti dirimu, andai esok hari terakhir aku melewati siang dan malam ku sepanjang hidup denganmu, huluran segumpal terima kasih aku kirimkan melalui angin malam yang sunyi membaluti hati ku yang remuk redam ini kerana memberi aku peluang memiliki lukisan dan coretan saat2 manis bersama dirimu. andai esok hari terakhir aku melihat mata, wajah, senyuman dari mu, semoga itu yang terakhir dan termanis buatku, andai itu adalah degupan jantungmu dan menjadi hintunganku yang terakhir, peluklah aku dengan dakapan hangatmu, biar aku tenang melepaskanmu pergi. kerana sesungguhnya, aku amat menyayangimu sahabatku.. sekali lagi ku pohon maaf dari mu wahai sahabat..




aque dh tak mampu nk lalui lagi...